Friday, 20 November 2009

JEMPUTAN KE MAJLIS DOA SELAMAT & KESYUKURAN TOKO MAMAT

Salam buat semua yang mengenali teman. Dengan penuh takzimnya, teman menjemput semua untuk ke majlis doa selamat di kedai teman yang beralamat di No. 29, Persiaran Sepakat 3, Taman Indah Jaya, 31350 Ipoh.

Majlis doa selamat mula jam 5.00 petang SABTU 21-11-2009., tapi teman tahu, kengkawan semua very very busy, so, teman buat majlis mula jam 5.00ptg-7.00ptg.

Bagi yang sudah lama dan asyik bertanya bila teman nak buka kedai tu, jangan pulak tak datang. Sengaja teman buat sebelah petang, almaklumkan, ada yang nak pergi majlis perkahwinan dan sebagainya pada sebelah tengahari. Soooo, habis kenduri kahwin, jemputlah bersandai minum petang di TOKO MAMAT.

Oh ya, kalau tak tahu ke situ, tel. lah teman. Datang ya...jangan tidak

Wassalam

1 comment:

  1. oit mamat! TAHNIAH!
    kari kambing ada ka? hahaha
    insyallah aku segerombolan akan hadir :)

    kamal sabran

    ReplyDelete