Tuesday 15 December 2009

antara majalah / buku yg dijual - sementara stok masih ada




Majalah/Buku - UPIN & IPIN, JUTAWAN, MASTIKA, ANJUNGSERI; ANJUNG HIAS & SOLUSI kini mula dijual di tokomamat.

Wednesday 9 December 2009

Harga baru Sewaan Novel & Buku

Atas permintaan ramai, berikut adalah harga baru yang ditawarkan kepada semua pembaca berkuatkuasa Khamis 10.12.2009 :-

1. Pendaftaran = RM10.00

2. Sewaan Novel/Buku  :-
                           a. Tag Warna Hijau = RM4.00  
                           b. Tag Jingga = RM3.00

3. Tempoh Sewaan = 7 hari ( Dikira mulai tarikh hari datang buat sewaan )

Monday 30 November 2009

untuk jualan - buku agama


Buku "Siapa Muhammad Bin Abdullah"mengisahkan tokoh paling berpengaruh menurut Michael H. Hatt di dalam buku The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History. Kenali Nabi Muhammad S.A.W sebagai Utusan Tuhan yang terakhir dan penghulu semua utusan Tuhan dan peribadi beliau dipuji Tuhan di dalam Al-Quran.
Berbanding dengan buku-buku sejarah Muhammad yang lain, buku poket ini memaparkan profil Muhammad Bin Abdullah secara ringkas dan padat.

Sunday 29 November 2009

Pengenalan Kepada Perancangan Harta Islam - Memelihara, Melindungi & Mengagih

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar bahawa Rasulullah S.A.W bersabda : " Bukanlah seorang Muslim yang sebenar yang mempunyai harta untuk diwasiatkan untuk tidur dua malam kecuali Wasiatnya sudah tertulis dan disimpan di bawah kepalanya." Petikan dari sahih al-Bukhari (vol IV p.1)

Friday 27 November 2009

barang jualan yang diperolehi pada 27.11.09















semua cenderamata ini dijual dengan harga tidak melebihi
RM 10.00 setiap satu.

Cenderamata Khas - Koleksi #001




 tokomamat juga menjual koleksi khas cenderamata dan sebagainya. barangan ini samada masih baru ataupun sudah menjadi koleksi peribadi yang diperolehi secara belian atau tukaran barangan. Koleksi No. 1 ini adalah sebuah pembuka surat "letter opener" dari Volvo. Panjang dari hujung ke hujung ialah 7 inci. Diatas permukaannya bertulis VOLVO 850 GLT.

resolusi cemerlang - pengenalan

toko mamat ini diuruskan oleh resolusi cemerlang. sebuah enterpris milik perseorangan yang teman empunya. selain dari menguruskan toko mamat, teman menyediakan perkhidmatan perancangan kewangan dan harta Islam. ilmu ini teman perolehi setelah lulus mengikut kursus sebagai "Islamic Estate Planner" dari as-Salihin Trustess Berhad. Mudah cerita. bab-bab mengenai harta pusaka, faraid, hibah, penulisan wasiat, teman bersedia membantu menyelesaikannya. khidmat yang teman tawarkan ini lebih kepada rundingcara nasihat tetapi kalau ada kawan2 yang perlukan teman hadir sebagai penceramah, insyallah teman sedia membantu.

Wednesday 25 November 2009

Selamat Menyambut Eid Adha 2009

Teman sekeluarga mengucapkan Selamat Menyambut Eid Adha buat semue rakan kenalan, adek beradek, sedara mara, ex kekasih gelap dan sesapa sahaja yang mengenali diri ini. maap sesangat ye...teman sekeluarga ada dirumah ayahanda bonda di ipoh...tapi tahun ini tak jadi AJK Qurban di masjid jamek taman kledang..minta maap ler sesangat

 

check it out - softtoys, stikers & notebooks




lagi barang jualan


barang jualan


foto barang jualan





antara barang jualan di tokomamat.

episod 1


"a long long time ago, in a far far away galaxy"; inilah permulaan tokomamat.

they need a new home


oh ya, selain novel & buku, toko mamat ada juga menjual almost everything dibawah langit yang halal;
untuk itu, kpd sesiapa yang rajin menyimpan soft toys, just look at these adorable teddys'; be one of the lucky ones to owned them. only @ tokomamat dan kalau ada yang dah tak tahu nak letak di mana soft toys tu, bawalah ke tokomamat; kita akan carikan pemilik yang baru.

how it works?

Lupa pulak nak habag pi...utk memulakan penyewaan novel ini, kawan2 cuma perlu buat bayaran permulaan sebanyak rm20 (sort of macam life time lah) dan pilih novel yg diminati. sewaan kali pertama adalah PERCUMA. untuk sewaan kali kedua dan seterusnya, rm3.00 untuk novel dgn stiker jingga dan rm4.00 novel dgn stiker hijau. itu sahaja. mudah bukan. lambat pulangkan? denda? harap tidaklah. kalaupun lewat, kita bincang & ada denda! tapi, untuk 10 hari itu, cuma 1 novel sahaja dibenarkan untuk sewaan. mungkin kalau dah "regular" tu, insyallah, toko mamat pertimbangkan untuk sewa 2 atau lebih.

buku untuk sewaan

Publish Post


ini cuma sebahagian dari 150 lebih tajuk yang ada di toko mamat. nak sebut penerbit, nanti copyrights issue pulak. jemput datang. call lah dulu. stiker jingga ini sewaannya cuma rm3.00 sahaja manakala stiker hijau pulak rm4.00 sahaja. sewaan untuk 10 hari. maaf. tiada refund untuk yg fast reader tu...

Sunday 22 November 2009

TERIMA KASIH

Salam buat semue yg mengenali teman. teman ingin mengucapkan terimakasih berbanyak kpd yg sudi hadir ke mjls doa selamat sempena pembukaan toko mamat pd sabtu 21.11.2009 yg lepas. tanpa sokongan keluarga dan kengkawan apalah teman nie. bagi yang tak dapat hadir, teman jemput dtg ke kedai di alamat 29, persiaran sepakat 3, taman indah jaya, 31350 ipoh. dalam google map key in saja toko mamat. atau nak lawat blog teman di http://tokomamat-tokomamat.blogspot.com/
teman juga ingin mengucapkan terima kasih jutaan bangat pada sahabat yg tolong mencurahkan ilmu seni dalam penyediaan blog tersebut termasuk juga yg menyumbang ide utk memajukan toko mamat ini. terima kasih daun keladi, ada rezki dtg ler lagi ke toko mamat nie...

Friday 20 November 2009

JEMPUTAN KE MAJLIS DOA SELAMAT & KESYUKURAN TOKO MAMAT

Salam buat semua yang mengenali teman. Dengan penuh takzimnya, teman menjemput semua untuk ke majlis doa selamat di kedai teman yang beralamat di No. 29, Persiaran Sepakat 3, Taman Indah Jaya, 31350 Ipoh.

Majlis doa selamat mula jam 5.00 petang SABTU 21-11-2009., tapi teman tahu, kengkawan semua very very busy, so, teman buat majlis mula jam 5.00ptg-7.00ptg.

Bagi yang sudah lama dan asyik bertanya bila teman nak buka kedai tu, jangan pulak tak datang. Sengaja teman buat sebelah petang, almaklumkan, ada yang nak pergi majlis perkahwinan dan sebagainya pada sebelah tengahari. Soooo, habis kenduri kahwin, jemputlah bersandai minum petang di TOKO MAMAT.

Oh ya, kalau tak tahu ke situ, tel. lah teman. Datang ya...jangan tidak

Wassalam

Wednesday 18 November 2009

bermula cerita si mamat


Selamat Datang ke Blog Rasmi TOKO MAMAT
Maka bermulalah suatu episod baru dalam kehidupan teman sekeluarga. apa yang pada mulanya cuma suatu hobi, nampaknya telah bertukar menjadi niaga. idea kawan2 juga membantu dalam proses tranformasi ini. syukur ke hadrat Illahi, kerna di atas limpah kurniaNya, diturunkan rezki kpd teman sekeluarga, maka zahirlah TOKO MAMAT. Kenapa TOKO MAMAT. Teman ini, memang "orang lama/old school". Jadi, pilihan nama TOKO pada teman sesuai. Ramai yang tak guna nama itu lagi dah. Apa pula ceritanya dengan MAMAT tu. Mudah je, itu "initials" nama teman. MEOR AMIRUDIN HJ MEOR TERMIZI. Logo tu pulak, hasil seni sahabat lebih baik teman KAMALSABRAN ( http://kamalsabran.blogspot.com)